Assalamualaikum and salam sejahtera. topik aku hari nie aku nak cerita pasal hari pendaftaran aku kat kptm. okay, aku daftar pada 29 november 2012 tapi aku datang bangi before tu sebab jauh kan? aku bertolak dari perlis awal pagi rabu sebab aku daftar hari khamis so tak lah kalut sgt nanti. Barang aku punyalah banyak sampai penuh bonet kereta bapak aku. nasib bapak aku tak bising.heeeee 

Selama lebih kurang 6 jam aku duduk atas kereta tu dengan perjalanan yang sangat membosankan tu dan hanya dapat melihat hutan and highway yang dipenuhi kereta dan ditemani earphone yang mendendangkan lagu untuk aku akhirnya aku sampai kat bangi. yeahhhh imiss bangi so muchhh! selama lebih kurang sebulan aku tnggalkan kau bangi. hehehe

Dah sampai kat bangi first skali cari hotel.kang tak tahu nak tidoq mana.hehehe tak sanggup nak tidoq atas kereta. boleh sakit badan babe! dah dekat 20minit pusing bangi akhirnya jumpa jugak hotel. Chalet Teras Jernang tempat aku beradu.

yeahhhhhhh! hari yang aku tunggu-tunggu dah tiba! hari pendaftaran aku for semester 2. bangun pagi dengan semangatnya aku pergi mandi tanpa pikir apa2pun. excited nak jumpa kawan-kawan lah katakan. missthem so much lahhhhaa :D 

Selama sejam aku bersiap akhirnya aku checkout dari hotel. naik ja atas kereta terus dapat text dari azy*mybestie*. dia cakap dia dah out dari rumah dah padahal baru pukul 715 pagi. awal sehhhhh! hehehe semangat :p 
dah kebetulan kitaorang nak jumpa kat bangi ayah aku ajak dia breakfast kat mufah. kedai mamak paling femes kat bangi lahhh hehehe. tunggu punya tunggu akhirnya aku nampak jugak batang hidung azy,dari jauh boleh nampak dia dengan memakai baju corak polkadot melambai tangan kat aku. 
haiiiiiiiiiii ! rindunyaaaaaaa ! hehehe

kat mufah kitaorang makan alas perut ja. sekoq-sekoq makan roti canai. dah semua selesai makan, pukul 745 aku and azy berlepas ke kolej untuk daftar. berdebar sangat! huhhh~
terus kitaorang ke lobi akademik and duduk relax-relax dulu kat kerusi yang disediakan. then pukul 9 pagi kitaorang mula berdaftar. 

alhamdulillah semua selesai and berjalan lancar tanpa ada kesesakan. okaylah setakat nie dulu . nanti free saya post lagi. papaiiii ! assalamualaikum :)