Assalamualaikum. hai reader :) aku nak tanya korang nie. pernah bercinta? kpel? hehehe sama lah tuu. yeee aku rasa semua orang pernah ada pengalaman bercinta tak kira lah sama ada kecewa atau bahagia. kan? 
bahagia kan bila bercinta? tapi lagi bahagia bila kita bercinta dgn orang yg kita betul-betul sayang dan perhubungan tu tak berlandaskan nafsu. am i right? aku sendiri pon pernah bercinta. dan aku pon pernah merasa bahagia dan kecewa yang teramat. tapi orang cakap jangan sedih sebab kita akan jumpa dengan orang yang betul nanti. Yaa InsyaAllah. Dia yang Maha Mengetahui. 

Bila kita putus cinta jangan terlalu sedih. Cuba bahagiakan diri sendiri dan jangan terlalu memikirkan sgt. Nanti memudaratkan diri. Kita ada family, kawan-kawan and yang paling penting kita ada Allah. Dia tak pernah lupa kita. kita ja yg selalu lupa dia. mengadulah pada Dia kerana hanya dia shja yg tahu isi hati kita. Hanya Dia. memang kita boleh ceritakan pada orang tentang perasaan kita tapi mereka tetap takkan faham. 

Bila hati kita terlalu sedih saat kita ditinggalkan oleh dia menangis lah puas-puas kerana hanya itu yang mampu kita buat. Bukan saya menggalakkan korang untuk menangis tapi menagislah salah satu ubat untuk kita lepas apa yang ada di dalam hati. Pasrah and redha apa yang berlaku. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan sesekali salahkan takdir. Allah dah atur segala-galanya. Kita hanya mampu bersabar.

Jangan terlalu melayan perasaan. cuba sibukkan diri. insyaAllah everything will be alright! :) 
okaylah kawan-kawan. nti saya post lagi kalau ada mood and free.

To my ex : you will always be my ex forever and nothing can change it!